Pages

Mei 20, 2018

Peristiwa semasa Ramadan

Peristiwa semasa Ramadan

Turunnya al-Quraan


Peristiwa semasa Ramadan.

Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas.

Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan; oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan).

Pada malam tersebut, ayat 1 hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira.

Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar


Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan.

Malam ini dikatakan, dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.

Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan.

Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam

wikipedia

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!