Pages

Mei 01, 2018

Drama Bila Aidil Ada Fitri

Drama Bila Aidil Ada Fitri

SINOPSIS DRAMA BILA AIDIL ADA FITRI

"She is loveable." - Datin Mariam

Loveablelah sangat!

Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel.

Siapa yang tak bengang?

Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri!

Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. 

"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu.

Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil.

Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal.

Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

PELAKON DAN WATAK DRAMA BILA AIDIL ADA FITRI

Ungku Ismail Aziz sebagai Aidil Harith

Siti Saleha sebagai Fitri Syafia

Fikhree Bakar sebagai Amar 

Talha Harith sebagai Qarizh

Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus

LAGU TEMA / OST DRAMA BILA AIDIL ADA FITRI

So Fine - Mark Adam

DRAMA BILA AIDIL ADA FITRI

TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018

WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 9:00 malam

SIARAN TV : Astro Oasis 106 & Maya HD 135

PENULIS NOVEL : Yumi Hyra

PENGARAH : Osman Ali

TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd

Kredit : mit

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!