Pages

April 24, 2018

ASAL USUL PLAT KENDERAAN MALAYSIA.

Tahukah anda bahawa ada pelbagai jenis huruf pada plat kenderaan Malaysia.
Anda mungkin pernah nampak kenderaan yang bermula dengan huruf A sampai Z.
Di samping  itu ada pula kenderaan yang dicatat IM4U. Tahukah anda apa maksudnya?
Di bawah adalah image kenderaan dan plat kenderaan terlebih dahulu.
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf M
Plat kenderaan ini pula bermula dengan huruf W
Plat kenderaan ini pula mempunyai plat IM4U
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf S
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf P
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf G
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf B
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf V
Plat kenderaan ini pula ditulisnya PUTRAJAYA
Plat kenderaan ini pula bermula dengan huruf C
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf Q
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf A
Mesti ada yang tak tahu asal usul nombor plat ini. Kenapa plat Johor mula dengan J? Kenapa Perak dengan A?
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan. 
Persoalannya pernahkah anda menanya diri anda " KENAPAKAH KENDERAAN DI NEGERI PERAK BERMULA DENGAN A"? 
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Ketika itu, Perak lebih maju berbanding dengan negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak. 

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B ),  diikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). 
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Akhirnya, plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi. 
PLAT A = Perak
PLAT B = Selangor
PLAT C = Pahang
PLAT D = Kelantan

PLAT E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
i) PLAT EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ii) PLAT ES: Sandakan
iii)PLAT  ET: Tawau
iv) PLAT ED: Lahad Datu
v) PLAT EU: Keningau
vi) PLAT EK: Kudat
vii) PLAT EL: Labuan

PLAT F = Putrajaya (mulai Jun 2016)
PLAT H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
PLAT J = Johor  

PLAT K = Kedah
i)PLAT  KV = Langkawi

PLAT L = Labuan
PLAT M = Melaka
PLAT N = Negeri Sembilan
PLAT P = Pulau Pinang

PLAT Q = Sarawak
i) PLAT QA dan PLAT QK: Kuching
ii) PLAT QB: Sri Aman
iii) PLAT QC: Samarahan
iv) PLAT QL: Limbang
v) PLAT QM: Miri
vi) PLAT QP: Kapit
vii) PLAT QR: Sarikei
viii) PLAT QS: Sibu
ix) PLAT QT: Bintulu 

PLAT  R = Perlis
PLAT  S = Sabah (ditukar daripada E)
i) PLAT  SA, PLAT  SAB & PLAT  SAC: Kota Kinabalu
ii) PLAT  SB: Beaufort
iii) PLAT  SD: Lahad Datu
iv) PLAT  SK: Kudat
v) PLAT  SS: Sandakan
vi) PLAT  ST: Tawau
vii) PLAT  SU: Keningau 

PLAT T = Terengganu
PLAT V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
PLAT W = Kuala Lumpur (siri pertama) 

PLAT Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
i) PLAT Z: Panglima Angkatan Tentera (Pemerintah Tertinggi ATM)
ii) PLAT ZA ke PLAT ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
iii) PLAT ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
iv) PLAT ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
v) PLAT ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
vi) PLAT JZ: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Tahukah anda ada juga plat yang dicatat lain daripada yang tersebut di atas.
Contohnya ada kenderaan yang mempunyai plat khas.
  PLAT KHAS
- Putrajaya
- Proton
- Tiara
- Perdana
- Satria
- Chancellor
- Perodua
- NAZA
- LOTUS
- KRISS
- Jaguh
- BAMBee
- SUKOM
- X OIC
- XIII NAM
- XI ASEAN
- XXX IDB
- G1M
- 1M4U
- Patriot
- TTB
- GP
- Putra
- VIP (Visit Pahang 2017) 

Contoh kenderaan yang mempunyai plat khas dicatat seperti image di bawah.
Harap dari penerangan ini dapatlah membuka minda anda tentang pelbagai plat kenderaan di Malaysia.
kredit : steemit

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!