SAYANGNYA SEORANG IBU

SAYANGNYA SEORANG IBU

Hari ni boss tak ada. Maka, aku memilih untuk membaca beberapa kes jenayah yang agak menarik- kes rogol, kes buli dan lain-lain lagi. Sedang aku rancak membaca tiba-tiba...

"Assalamualaikum..." seorang wanita tua berbaju kurung melangkah masuk ke dalam ruang firma. Dia mengibas hujung tudungnya berkali-kali sambil mengerutkan dahinya dek panahan mentari.

"Waalaikumussalam." Jawab aku sambil memandang ke arahnya. Dan sekarang aku sedar yang aku sendirian. Mungkin rakan-rakan sepejabatku yang lain sudah rehat.

"Ya, ada apa mak cik?" Sesopan mungkin, lidah aku bertutur

"Ni... loyar ada?"

"Loyar tadak la mak cik. Eeei gi mana thu deyh (dia pi mana tak tau).. mak cik janji dengan dia dah ka"

"Tak janji la pulak. Ingat ka ey ada selaqih kot dalang ni. Ka, dia tak masuk la haqi ni? "

"Dak kot mak cik."

"Ni...mu tengok sat kes anak mak cik tu..." pinta dia sambil mula mencari kerusi.

"Nama pa anak mak cik."

"Saad bin saidin (bukan nama sebenar). Hat kes dadah tu..."

"Sat saya cari..."

Aku cuba mencari fail yang terdapat nama tersebut. Malangnya, tiada.

"Tak ada la, mak cik. Mungkin kes lama kot.." kata aku.

"Awal tahun hari tu gi. Kalo tadak tak pa lah. Esok-esok mak cik mari leng..."

Aku cuma tersenyum. Fikir aku, itu merupakan ayat terakhir untuk perbualan antara kami berdua. Tiba-tiba

"Hang ni mengaji lah molek-molek. Jangan dok isap dadah. Menyusahkan mak pak. Kalau mak pak kaya tak pa la. Ni habih tanah sekaki kena gadai sebab nak baya kes dia ni..."

Aku terkejut apabila mak cik itu bersuara dengan nada penuh kesal. Dia memandang aku dengan rasa yang sangat hampa. Sepertinya, dia terlalu kecewa akan kehidupan anaknya. Aku tidak bersuara, sebaliknya hanya mampu tersenyum. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan saat itu.

"Ingat, nak. Jauh mana pun kita pi, jangan lah dok cuba benda pelik-pelik hat tak elok. Kalau kawan-kawan suruh isap rokok ka dadah ka, jangan dok ikut. Tinggai ja kawan tu. hilang kawan tak pa, kawan ni kita boleh buat. Hilang pedoman ni, susah sikit nak seda diri..."

Aku hanya mampu berkata "ya..mak cik.." atau "betui, mak cik..." berkali-kali. Dari tempat aku berdiri, aku mampu melihat matanya yang berair. Mungkin dia tidak mampu untuk bertahan lagi, dia mengambil bidang tudungnya dan mengelap air mata yang hampir tumpah ke lantai.

Ah, aku tidak suka saat ini. Tiba-tiba hati aku turut terdetak oleh perbuatan itu. Aku cuba bertahan semampu yang mungkin agar air mata ku tidak jatuh di hadapannya. Tidak beberapa lama kemudian...

"Tak pa lah, nak. Mak cik nak balik. Pak cik dekat rumah tak dak sapa dok jaga..."

Aku malas bertanya perihal suaminya. Takut pula dia membuka berita sedih yang seterusnya. Aku hanya menemaninya ke pintu firma. Sebelum dia menghilang dari pandangan aku, sempat dia berpaling pada aku.

"Nak.." Dia terjera sambil tertunduk.

"Ada apa mak cik.."

"Mak cik nak pinjam RM5. Nak buat modai tambang bas kelik Gerik"

'Astaghfirullah..' istighfar aku dalam hati seraya terus berlalu dan mengambil not RM10

"Eh, banyak sangat ni nak.."

"Tak apa lah mak cik. Buat bekal tengah-tengah jalan..."

Aku melihat mak cik itu tertunduk malu.

"Nanti mak cik mai, mak cik bayaq balik. Mintak maaf nak, nah..." Katanya terus menghilang daripada pandangan.

Aku terus menutup pintu dan masuk ke dalam tandas. Mana mungkin aku mampu bertahan lagi. Akhirnya aku menangis sendirian sambil mengenang apa yang telah dilalui oleh mak cik itu.

Kredit : Azwar kamaruzaman

loading...

Share this :

Previous
Next Post »
1 Comments
avatar

storytelling yang amat menyentuh emosi..

kasih ibu memang tiada tandingannya..

kasih isteri memang jauh kena tinggal nie..

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers