Hari raya haji atau hari raya korban ~ #JMBELOG Hari raya haji atau hari raya korban - #JMBELOG

Reading List

Hari raya haji atau hari raya korban

SUDUT ILMU ISLAM

Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H 

๐Ÿ’ž
Hari Raya Aidil Adha dipanggil juga hari raya haji atau hari raya korban bukan saja bagi meraikan kejayaan umat Islam mengerjakan Fardu Haji tetapi terdapat tiga peristiwa sejarah yang perlu kita jadikan iktibar.


1. Peristiwa pertama adalah kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah.

2. Peristiwa kedua adalah ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S. Namun, berkat kesabaran ujian serta ketaatan, kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor haiwan (kibas) ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

3. Peristiwa ketiga adalah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini. Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Wallahu a'lam...
๐Ÿ’ž
*SALAM AIDUL ADHA*

#WHATSAPP

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog