ALLAH HANTAR ADA SEBAB DAN HIKMAH

ALLAH HANTAR ADA SEBAB DAN HIKMAH / Adakala Allah hantar kawan yang pemalas satu jabatan dengan kita, barangkali Allah nak kita lipat gandakan kerja kita berbanding kawan yang pemalas walau gaji kita sama dengan dia. Barangkali disitu Allah nak kita dapat gaji yang lebih berkat dari usaha lebih kita...tp kita merungut knp Allah datangkan si pemalas ini.

Adakala Allah jadikan pasangan kita serba kekurangan sedikit dari pasangan orang lain dari pelbagai aspek. Barangkali Allah nak kita terus melihat orang yang lebih 'tiada' dari kita dan bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Tapi kita terus melihat orang yang lebih hebat dari kita sehinggakan kita sangka buruk ke Allah bahawa kita bukan insan terpilih.

Adakala Allah hadirkan rakan kita yang kurang serba serbi dari kita dalam segala aspek, kurang bijak, kurang cantik, kurang segalanya. Barangkali Allah nak kita berfikir, kita dipandang hebat, kita dilihat bijak, kita dilihat cantik hanyalah kerana Allah tutup aib kita atau hanyalah kerana Allah pinjamkan. Tapi kita perlekehkan rakan lain yang juga Allah ciptakannya.

Adakala kita melihat pemandu hadapan bawa perlahan sehingga menyusahkan pemandu lain, kita rasa benci betul dengan suasana begitu. Barangkali Allah cipta manusia begitu untuk memadrasahkan kesabaran dalam diri kita. Jika Allah tak hadirkan ujian depan kita, masakan kesabaran kita akan hadap. Tapi..kita memilih untuk memaki ciptaan tuhan yang sebenarnya bermanfaat untuk kita.
Sombongnya kita...

"Boleh jadi kamu benci sesuatu, dia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu suka sesuatu, ianya buruk bagi kami. Dan Allah maha mengetahui sedangkan kamu semua tak mengetahui" Surah Al-Baqarah Ayat 216

#copypaste
#jmbelog
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
0 Comments

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers