Pages

Julai 29, 2017

CINTA LATAH #jm baru berkesempatan tengok

CINTA LATAH #jm baru berkesempatan tengok 


cinta latah

Para Pelakon

Amar Asyraf, Izzue Islam, Izreen Azminda, Nur Risteena Munim, Laila Nasir.

Sinopsis Cinta Latah


Mengisahkan empat rakan baik Shaza, Zana, Mok dan Izat. Mok seorang pelatah semula jadi. Izat menyimpan hati pada Shaza tapi tidak berbalas.
Mok dengan karektor seorang pelatah di lihat Izat sebagai minta apa semua dapat. Hinggakan Zana dan Shaza lebih rapat dan suka pada Mok berbanding Izat. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu Izat pada Mok.
Timbul rasa Izat hendak belajar latah dari Mok kerana dia beranggapan sifat Mok sebagai pelatah menjadi sebab untuk dia minta apa saja dapat termasuk soal kerja dan yang penting dapat ‘membeli’ hati Zana dan Shaza. Izat telah belajar berlatah dengan Mok dan akhirnya menjadi pelatah tegar di pejabat.
Shaza menghadapi masalah bila ibunya Puan Norma telah menerima risikan ‘budak bandar’. Shaza diberi kata dua samada tunjukan calon kekasihnya atau menerima saja risikan budak bandar tersebut.
Shaza belum bersedia lagi untuk berumahtangga hingga dia mengoyak gambar bakal suaminya yang diberikan oleh ibu saudaranya, Mak Su Piah.
Shaza kemudiannya berpakat dengan Mok untuk berlakon sebagai bakal calon buah hatinya untuk mengaburi mata ibunya. Mok pula simpati dengan Izat dan meminta Izat menjadi calonnya dan dia sebagai wakil.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!