Nilai Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran? ~ #JMBELOG Nilai Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran?
Skip to main content

Nilai Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran?

surat al ikhlas adalah sepertiga al quran socialtrending
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤
Surah al-Ikhlas. Antara surah yang terpendek hanya mengandungi 4 ayat. Namun, manfaat dan pahalanya disisi Allah S.W.T sangatlah tinggi. Sudah tentu anda tahu bahawa nilai pahala jika membaca 3 kali surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya. Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?

Sabda Nabi Muhammad mengenai surah Al-Ikhlas

quranz
1. Pada satu malam, seorang sahabat telah mendengar temannya yang sedang membaca surah al-ikhlas dan diulangnya berkali-kali. Sahabat tersebut memberitahu kepada Rasulullah S.A.W pada keesokan harinya, dengan seperti merendah-rendahkan amalan temannya itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).
2. Dari Abu Darda’ RA, Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada para sahabat,:
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?". Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ)
“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).

Mengapa bernilai sepertiga Al-Quran?

quran 590
Di dalam Al-Quran secara keseluruhannya, terdapat 3 pembahasan utama iaitu:
  1. Hukum (perintah, larangan, halal dan haram)
  2. Janji dan ancaman (berkenaan syurga dan neraka, pembalasan dan kesengsaraan)
  3. Penceritaan mengenai Allah (Nama dan sifat Allah)
Jadi, jika dilihat kepada makna surah al-ikhlas, ia membahaskan masalah tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah S.W.T.. Disebabkan oleh ia merangkumi satu daripada 3 pembahasan utama Al-Quran, maka nilainya adalah sepertiga Al-Quran.
Ianya disokong oleh keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar,
قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار
Menurut beliau, "bernilai sepertiga Al-Quran" seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W itu difahami oleh sebahagian ulama akan makna zahirnya. Ulama-ulama tersebut menerangkan bahawa surah ini bernilai sebegitu kerana dipandang dari sudut kandungan makna Al-Quran. Oleh kerana isi al-Quran itu adalah hukum, berita dan tauhid, dan surah al-ikhlas membentangkan penceritaan tauhid, berdasarkan tinjauan ini, ia bernilai sepertiga Al-Quran. (Fathul Bari, 9/61)

Surah al-Ikhlas sama nilai pahala dan bukan sama nilai amal Al-Quran

al ikhlas
Perlu diingat, walaupun membaca 3 kali surah ini pahalanya bersamaan seperti membaca keseluruhan Al-Quran itu sendiri, namun ia hanya senilai dengan PAHALA, dan bukan sama nilai AMAL. Harus kita membezakan antara al-Jaza' dengan al-ijza'.
Definisi:
  1. Al-jaza' : sama nilai dalam pahala yang dijanjikan
  2. Al-ijza' : sama nilai dalam amal yang digantikan
Dalam hal ini, ia memenuhi definisi al-jaza'. Jadi, jika anda membaca 3 kali surah al-ikhlas yang membawa pahala seperti membaca Al-Quran, ia hanya bersamaan nilai pahala dan bukan nilai amal. Untuk memudahkan pemahaman, kita lihat pada contoh ini:
Jika anda bernazar untuk membaca satu Al-Quran jika hajat anda tercapai, maka anda tidak boleh menggantikan nazar anda ini dengan hanya membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya adalah sama. Membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya sama tetapi belum dianggap seperti membaca keseluruhan Al-Quran. Jadi ini beza antara senilai pahala dan senilai amal.
recite quran
Syaikhul Islam berkata :
"Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan berarti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan bisa jadi dia butuh bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak bisa menggantikan semua itu." (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).
Satu lagi contoh, jika anda solat di Masjidil Haram, pahalanya adalah 100,000 kali ganda solat di tempat lain. Ini tidak bermakna bahawa anda tak perlu lagi solat untuk 100,000 kali waktu, ia hanya bermaksud pahala yang anda dapat ketika solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda.
Manakala al-ijza' pula adalah seperti, jika anda bermusafir dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat, maka anda dibolehkan untuk menggantikan dengan solat Zuhur. Atau jika tidak mempunyai air untuk berwudhu, maka anda boleh bertayammum. Bermakna, amalan anda bersamaan dengan nilai amalan yang digantikan.

Wallahualam.
Kredit : Iluminasi


Disclaimer: Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih. Follow Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

TONTON ONLINE 16 PUASA

TONTON ONLINE 16 PUASA

16 Puasa (2017) Genre : Telemovie, Komedi Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Sabri Yunus, Aziz M Osman, Bel Ngasri dan ramai lagi

Sinopsis : Beberapa lelaki di sebuah kampung yang sudah berkahwin mengambil keputusan untuk ponteng puasa dan menyembunyikan perbuatan menyalahi hukum agama itu daripada pengetahuan isteri masing-masing. Memang kelakar habis cerita ini. Terbaik mamat khalid. Kelakar dan ada pengajaran.. Tang cakap pakai isyarat kening tu tak boleh blah...lain dari yang lain, tak macam drama-drama sekarang, cintan cintun tak hengat, isi takdak. 15 puasa pun ada.. sapa mau angkat tangan (geng plastik hitam) - KIPTVM2.0
TONTON ONLINE 16 PUASA DI SINI

Solatlah Dengan Khusyuk Dan Hindarilah Tanda Hitam Di DAHI Kerana Itu Tanda Riya’ Dan Cara Sujud Yang SALAH!!!

Solatlah Dengan Khusyuk Dan Hindarilah Tanda Hitam Di DAHI Kerana Itu Tanda Riya’ Dan Cara Sujud Yang SALAH!!! Perbanyaklah sujud namun jaga wajahmu supaya tetaplah nampak bagus dan hindari munculnya ciri gelap di dahi kerana di kuatirkan timbul riya’, ujub (bangga diri) dan kesombongan….. Solatlah Dengan Khusyuk Dan Hindarilah Tanda Hitam Di DAHI Kerana Itu Tanda Riya’ Dan Cara Sujud Yang SALAH!!!Sujud yang betuk tidak akan memburukkan wajah sebaliknya dahi akan jadi bersinar dan berseri – seri. Apabila dahi menjadi hitam ini bermakna sujud anda salah caranya karena anda sepatutnya menahan berat badan anda dengan kedua tangan anda bukanlah dengan kepala. Abdullah bin Umar bin Khattab ra. salah seseorang shahabat terutama tidak menggemari terdapat sisa gelap di dahi seseorang muslim. dari Salim Abu Nadhr, terdapat seseorang yang tiba menjumpai Ibnu Umar. Setelah orang itu berkata salam, ibnu umar ajukan persoalan padanya, “siapakah kamu? ”. “aku ialah anak asuhmu”, jawab orang itu. ib…

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah
Nama Panggilan: Wany Hasrita
Asal: Cheras, Selangor
Umur: 25 (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Lagu Single: Menahan Rindu
Laman Sosial:
Facebook: https://m.facebook.com/wanyhasrita
Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita/


Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya DAJJAL LAKNATULLAH!

Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya DAJJAL LAKNATULLAH! / Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar.
Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat.
Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh seramai 70,000 orang.
Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.
Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as.
Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .
Pada masa yg sama di luar sana, 2 mala…

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan / Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.

1 Sindrom Carpal Tunnel.