SIFAT 20 ALLAH S.W.T ~ #JMBELOG SIFAT 20 ALLAH S.W.T | #JMBELOG
Comments

SIFAT 20 ALLAH S.W.T

Posted by at May 10, 2017 Read our previous post
SIFAT 20 ALLAH S.W.T



Wujud = Ada

Sifat Wujud ialah kepastian adanya Allah. Maksudnya, Allah pasti ada. Bukti bahawa Allah itu ada adalah wujud makhluk. Kalau Allah tidak ada, tentu semua makhluk ini tidak ada. Allah swt. berfirman :

إِنَّنِي أَنَا اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي

Ertinya : “Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku.” – QS. Ta-Ha [20:14]

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Ertinya : “Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.” – QS. Al-Hadid [57:4]

اللَّـهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا

Ertinya : “Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi serta apa saja yang ada di antara keduanya.” – QS. As-Sajda [32:4]



Qidam = Sedia

Sifat Qidam ialah ketiadaan permulaan bagi keberadaan atau wujud Allah, sebab Allah adalah sumber semua makhluk, Pencipta makhluk, dan pencipta itu mesti lebih dahulu daripada yang dicipta. Allah swt. berfirman :

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” – QS. Al-Hadid [57:3]




Baqa = Kekal

Sifat Baqa ialah tiada akhir bagi keberadaan atau wujud Allah, Dia tetap ada selama-lamanya. Allah berfirman :

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ . وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ertinya : “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” – QS. Ar-Rahman [55:26-27]

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ ۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Ertinya : “Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” – QS. Al-Qasas [28:88]


Mukhalafatu lil hawadits = Berbeza dengan ciptaan-Nya

Sifat Mukholafatul lil hawaditsi ialah Allah Ta’ala itu tidak dapat disamai oleh makhluk apa pun dan tidak menyamai makhluk. Allah swt. berfirman :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Ertinya : “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai atau sama dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” – QS. Ash-Shura [42:11]

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Ertinya : “Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.” – QS. Al-Ikhlas [112:4]
 

Qiyamuhu binafsihi = Allah berdiri sendiri

Sifat Qiyamuhu binafsihi ialah Allah itu tidak perlu kepada apa pun dan tidak perlu kepada siapa pun. Allah swt. berfirman :

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ

Ertinya : “Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan Yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus (makhluk-Nya).” – QS. Ta-Ha [20-111]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَاللَّـهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Ertinya : “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah, Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” – QS. Fatir [35:15]

إِنَّ اللَّـهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Ertinya : “Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak membutuhkan sesuatu pun) dari semesta alam.” – QS. Al-Ankabut [29:6]



Wahdaniyyah = Esa atau Tunggal

Sifat Wahdaniyyah ialah Allah itu Tunggal, berdikari, tiada sekutu bagi-Nya, baik dalam perbuatan, sifat maupun Zat-Nya. Allah swt berfirman :

سُبْحَانَهُ ۖ هُوَ اللَّـهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Ertinya : “Maha Suci Allah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.” – QS. Az-Zumar [39:4]

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

Ertinya : “Katakanlah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa.” – QS. Al-Ikhlas [112:1]

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ

Ertinya : “Dan tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada tuhan, melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” – QS. Al-Baqarah [2:163]

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّـهُ لَفَسَدَتَا

Ertinya : “Sekiranya di langit dan bumi ada tuhan tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa.” – QS. Al-Anbiya [21:22]

مَا اتَّخَذَ اللَّـهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَـٰهٍ ۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَـٰهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يَصِفُونَ

Ertinya : “Allah sekali – kali tidak mempunyai anak, dan sekali – kali tidak ada tuhan lain beserta-Nya, kalau sekiranya ada tuhan lain beserta-Nya, maka masing – masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya dan sebagian dari tuhan – tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.” – QS. Al-Mu’minun [23:91]

قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَّابْتَغَوْا إِلَىٰ ذِي الْعَرْشِ سَبِيلًا . سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

Ertinya : “Katakanlah : ‘Jikalau ada tuhan – tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakana, niscaya tuhan – tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai arasy.’ Maha Suci dan maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakana dengan ketinggian yang sebenar – benarnya.” – QS. Al-Isra [17:42-43]



Qudrah = Berkuasa

Sifat Qudrah ialah kemampuan Allah menciptakan dan meniadakan apa saja yang Dia kehendaki berdasar keinginan-Nya. Apabila Allah tidak mempunyai kemampuan, tentu Dia tidak dapat mencipta makhluk sekecil apa pun. Allah swt. berfirman :

إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya : “Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – QS. Al-Baqarah [2:20]

وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُعْجِزَهُ مِن شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا

Ertinya : “Dan tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah, baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – QS. Fatir [35:44]


Iradah = Berkehendak

Sifat Iradah ialah kehendak menakdirkan sesuatu sebelum menciptakannya. Allah memiliki kebebasan menciptakan apa saja sesuai kehendak-Nya dan pilihan-Nya. Kerana itu, adakalanya Dia menciptakan sesuatu berbentuk panjang, tinggi atau pendek, ada yang bagus dan ada yang hodoh, adakalanya pandai dan adakalanya bodoh. Allah swt. berfirman :

إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَن نَّقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Ertinya : “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya Kun (jadilah), maka jadilah ia.” – QS. An-Nahl [16:40]

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ ۗ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ertinya : “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih-Nya. Sekali – kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.” – QS. Al-Qasas [26:68]

قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya : “Katakanlah : ‘Wahai, Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” – QS. Ali Imron [3:26]

لِّلَّـهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ . أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Ertinya : “Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak – anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak – anak laki – laki kepada yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis, laki – laki dan perempuan (kepada siapa yang Dia kehendaki), dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – QS. Ash-Shura [42:49]



Ilmu = Mengetahui

Sifat ‘Ilmu ialah Allah mengetahui terhadap segala sesuatu yang telah berlalu, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi. Allah swt. berfirman :

إِنَّ اللَّـهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya : “Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.” – QS. Al-Mujadilah [58:7]

وَأَنَّ اللَّـهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

Ertinya : “Dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar – benar meliputi segala sesuatu.” – QS. At-Talaq [65:12]

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Ertinya : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” – QS. Qaf [50:16]


Hayat = Hidup

Sifat Hayat ialah Allah itu Maha Hidup dan Kekal serta tidak musnah. Allah swt. berfirman :

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ

Ertinya : “Dan bertakwalah kepada Allah Yang Maha Hidup kekal lagi yang tidak mati.” QS. Al-Furqan [25:58]

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ

Ertinya : “Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan Yang Hidup Kekal lagi senantiasa mengurus (makhluk-Nya).” – QS. Ta-Ha [20-111]



Sama' = Mendengar

Sifat Sama’ ialah didengarnya segala sesuatu oleh Allah. Allah mendengar segala sesuatu yang tidak dapat didengar oleh selain-Nya. Allah swt. berfirman :

قَدْ سَمِعَ اللَّـهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّـهِ وَاللَّـهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ اللَّـهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Ertinya : “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal – jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” – QS. Al-Mujadila [58-1]

قَالَ لَا تَخَافَا ۖ إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ

Ertinya : “Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” – QS. Ta-Ha [20:46]



Basar = Melihat

Sifat Basar ialah terlihatnya segala sesuatu oleh Allah. Tidak ada sesuatu pun yang lepas dari pandangan Allah. Allah swt. berfirman :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Ertinya : “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai atau sama dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” – QS. Ash-Shura [42:11]




Kalam = Berbicara

Sifat Kalam ialah bahawa Allah itu Maha Bicara. Allah swt. berfirman :

وَكَلَّمَ اللَّـهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا

Ertinya : “Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.” – QS. An-Nisa [4:164]

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ

Ertinya : “Dan tatkala Musa datang untuk munajat dengan Kami pada waktu yang Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya.” – QS. Al-A’raf [7:143]


Keadaan-Nya yang berkuasa

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Qadirun, ertinya terbukti Allah yang Maha Kuasa dan Mustahil Allah tidak Kuasa. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Qudrah (no 7).




Keadaan-Nya yang berkehendak

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Muridan, ertinya terbukti Allah yang Maha berkehendak dan mustahil Allah tidak mempunyai kehendak. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Iradah (no 8).



Keadaan-Nya yang mengetahui

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu ‘Aliman, ertinya terbukti Allah yang Maha Mengetahui dan mustahil Allah yang bodoh. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat ‘Ilmu (no 9)




Keadaan-Nya yang hidup

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Hayyan, ertinya terbukti Allah yang Hidup dan mustahil Allah mati. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Hayat (no 10)



KeadaanNya yang mendengar

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Sami’an, ertinya terbukti Allah yang Maha Mendengar dan mustahil Allah yang tuli. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Sama’ (no 11).



KeadaanNya yang melihat

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Bashiron, ertinya terbukti Allah yang Maha Melihat dan mustahil Allah yang buta. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Basar (no 12).



KeadaanNya yang berkata-kata

Wajib aqli Allah mempunyai sifat Kaunuhu Mutakalliman, ertinya terbukti Allah yang Berfirman, dan mustahil Allah yang bisu. Adapun dalil – dalilnya cukup dengan sifat Kalam (no 13).


Kredit : Pesan Bonda

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

© #JMBELOG is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template