RESEPI KUIH TRADISIONAL ~ #JMBELOG RESEPI KUIH TRADISIONAL - #JMBELOG

RESEPI KUIH TRADISIONAL

RESEPI KUIH TRADISIONAL

SESUAI UNTUK BERBUKA PUASA ~

Image may contain: food

Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
• 1/2 biji kelapa parut
• 2 sudu besar gula pasir
• gula melaka secukupnya
• 2 sudu besar gula pasir
• 1/2 sudu kecil garam
• 1/2 sudu besar tepung gandum
• 1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah:
• 3 cawan santan
• 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
• 1 sudu kecil garam
• 1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam:
• 2 cawan tepung pulut
• 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
• 1/2 sudu kecil garam
• pewarna merah
• pewarna hijau

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti kelapa:
1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.

Cara-cara untuk kuah santan:
1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.
3. Hidangkan bersama bebola badak berendam.

Cara-cara untuk badak berendam:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.


Image may contain: food

Bahan-Bahan:
• 4 biji telur gred A
• 2 cawan tepung gandum, ayak
• 300g gula
• 1 sudu besar ovallate
• 1 sudu teh baking powder, ayak
• 200ml santan pekat, hasil yang diperah menggunakan air pandan
• pewarna hijau
• Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi

Cara Penyediaan:

1. Panaskan pengukus.

2. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama.

3. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan mampatkan di bahagian bawah.

4. Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukan tepung, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sebati.

5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.

6. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.

Tips:
Pastikan anda ikat atau balut penutup pengukus denagn kain supaya wap air tidak jatuh dalam acuan semasa proses mengukus.


Image may contain: food


Resepi Kuih Agar-agar Santan

Bahan­ bahannya :

1) 1 bungkus agar­agar (rendam sehingga kembang)
2) 5 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) ½ cawan gula pasir
5) 3 cawan santan
6) 2 biji telur
7) 1 helai daun pandan

Cara - caranya :

1) Masukkan agar­agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar­agar hancur dan mendidih.
2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
3) Tapis bahan­bahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih.
4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar­agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.\
7) Sejukkan dan potong.

Image may contain: food


Resepi Kuih koci ( sumber :Myresipi – CMG)

Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara
1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..



Image may contain: food



Bahan-Bahan:
• 3 cawan beras pulut
• 2 cawan santan cair
• 1/2 cawan air pandan (dikisar)
• 1/2 sudu teh garam
• beberapa titik pewarna hijau
• kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
• Daun pisang

Bahan untuk Air gula:
• Daun Pandan
• Gula melaka
• Air

Cara Penyediaan:

1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.

2. Panaskan pengukus.

3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.

4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

5. Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. Selamat mencuba!



Image may contain: food




Kuih Dangai

Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.





Image may contain: dessert and food






Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak

Bahan Inti:

• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:

• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara Membuatnya:

1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak). Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran macam Lydia Miza guna)

No automatic alt text available.

Tepung Pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit kapur dan sedikit garam

cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

7. Sejukkan

Image may contain: food

Kuih Jawa

bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara:

1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air.masak hingga mendidih.biarkan sejuk/suam.

2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.tambahkan garam.

3. Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.

4.peram adunan td semalaman.

5. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.

Image may contain: food

Kuih Bakar Kemboja

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan 
1 cawan jus pandan
1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil.

Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak.

Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil kecilnya.

Image may contain: food

Bahan-Bahan:
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1 sudu teh kapur mkn
• 1sudu besar tepung jagung
• 1/2 cawan gula pasir
• 1 keping gula melaka
• 1 cawan air
• 1 cawan santan cair
• Daun pandan

Cara Penyediaan:

1. Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut

2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati

3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak..

4. Kukus dlm 15-20mnt

5. Hidangkan bersama kelapa parut

Ditulis oleh : Buku Resepi Facebook
Visit or Like Facebook/bukuresepi
Jumlah Hidangan : 10
Bahan-Bahan:
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1 sudu teh kapur mkn
• 1sudu besar tepung jagung
• 1/2 cawan gula pasir
• 1 keping gula melaka
• 1 cawan air
• 1 cawan santan cair
• Daun pandan
Cara Penyediaan:
1. Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut
2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati
3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak..
4. Kukus dlm 15-20mnt
5. Hidangkan bersama kelapa parut

Image may contain: food


Bahan-Bahan:
• 2 cawan tepung gandum
• 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
• 4-5 helai daun pandan
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu minyak masak
• pewarna hijau, beberapa titik
• gula pasir, secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.

2. Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.

3. Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan

Image may contain: food


Bahan-Bahan:
• 1 cawan tepung gandum
• 2 1/2 cawan air
• 1/4 cawan gula
• 1/2 sudu teh garam
• 1 sudu teh air kapur makan
• 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)

Bahan untuk hiasan:
• 6 ulas bawang merah
• secubit garam

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kuih:

1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.

2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.

Cara untuk bahan hiasan:
1. Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.


Image may contain: food

Bahan-Bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
• 250 gram beras pulut
• 200 ml santan (sederhana pekat)
• 1/2 sudu teh garam
• 2 sudu teh minyak masak

Bahan untuk lapisan atas
• 60 gram tepung gandum*
• 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
• 70 gram gula pasir
• 2 biji telur Gred A
• 225 ml santan pekat
• 1/2 sudu teh garam
• 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
• Pewarna hijau(optional)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah

1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit

2. Toskan beras pulut seketika

3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata

4. Kukus selama 30 minit

5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat

6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

Cara-cara untuk lapisan atas

1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas

2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander

3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak

4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih

5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap

6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas


Image may contain: food


KUIH PAU

Bahan-Bahan:
• 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
• 3/4 sudu teh yis kering
• 1/2 sudu teh baking powder
• 4 sudu besar gula kastor
• 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
• 1 sudu teh bread softner
• 1/2 cawan air suam

Cara Penyediaan:

1. Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.

2. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.

3. Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.

4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).

5. Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.

6. Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2x2 inci.

7. Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.

Tips:
Saya ikat penutup pau dengan kain supaya wap air tidak menitik di atas pau semasa proses mengukus, dan pau akan terhasil dengan cantik.


Image may contain: food

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama:
• 1 Kilogram keledek(di lecek)
• 2 Cawan tepung gandum
• 1/2 Biji kelapa parut

Bahan untuk di giling:
• 10 biji cili kering
• 3 sudu besar udang kering
• 8 ulas bawang merah
• 3 batang serai
• 1/2 sudu teh ketumbar
• 1/2 sudu teh jintan manis
• 1/2 sudu teh jintan putih
• 1 inci halia
• 1 inci kuncit
• garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
2. Masukkan kelapa dan sedikit air
3. Bila dah kering angkat dan sejukkan
4. Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
5. isikan intinya dan dibulakan semula
6. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.


Image may contain: food

Kuih Cek Mek

Bahan-bahan :-

2 Cawan Ubi keledek ( yang telah direbus dan dilenyekkan.) ( saya campur sedikit garam dalam air rebusan untuk bagi rasa masin... sikit je tau... )

1 cawan Tepung Gandum
Gula
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1. Gaulkan ubi keledek dengan tepung sehingga sebati. Doh tu agak-agak boleh kepal dan tidak terlalu keras.
2. Bentukkan bulat-bulat macam bola pingpong, kemudian leperkan.
3. Masukkan sesudu gula pada tengah- tengah doh tadi.
4. Cantumkan doh tadi supaya gula tidak keluar.
5. Bentukkan doh tadi menajdi seperti dalam gambar.
6. Gorengkan dalam minyak panas sehingga keperangan. Hidangkan.


Image may contain: fire and food


Bahan-Bahan:
• 1 cawan gula,
• 1 cawan jus pandan,
• 2 cawan tepung gandum,
• 2 1/2 cawan santan (450ml),
• 3 biji telur
• 1/2 sdt garam dan sedikit pewarna hijau.

Cara Penyediaan:

1. Campurkan smua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.

2. Kemudian bakar hingga masak. (Kalau bakar dgn oven..panaskan loyang yang telah dioleskan minyak.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan bakar sehingga masak.

Tips:
Boleh di tambah dengar sedikit butter cair atau satu sudu tepung jagung

Image may contain: food

Lompat Tikam

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara 1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.

Image may contain: food

Resepi kuih onde-onde ( buah melaka )

Bahan-Bahan (5-6 orang)

- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara

1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.

2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Image may contain: food

BAHAN-BAHAN:
180gm tepung beras
250ml santan
875ml air
1 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang

Bahan Inti:

240gm gula merah
240gm gula pasir
500gm kelapa parut

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan intinya, campurkan air bersama gula pasir dan gula merah sehingga larut kemudian ditapis.

2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Biarkan sejuk dan bulat-bulatkan intinya. Ketepikan.

3. Campurkan tepung beras bersama santan, air, gula pasir dan garam kemudian dikacau di atas api sehingga pekat.

4. Apabila pekat angkat dan ambil daun pisang yang sudah dilayurkan.

5. Ambil sesudu adunan kemudian letakkan inti di dalamnya. Bungkus dengan kemas.

6. Biarkan kukus selama 20 minit.

Image may contain: dessert and food

Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan ( Saiz loyang 30 cm )

* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg 
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair

Bahagian Atas
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan.

Image may contain: food


Resepi Kuih Ubi Ketuk

Bahan-bahan: (menghasilkan 20 biji ketuk ubi)

-450gm ubi kayu- potong 2 inci panjang, kupas kulit, dan rebus hingga empuk (belah dua jika ubi tebal dan besar)
- 1 1/2 cawan kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Toskan ubi kayu yang telah direbus tadi. Buang uratnya dan lecek halus. Ketepikan.

2. Campurkan kelapa parut dengan garam dan gula. gaul rata. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ubi yang telah dilecek dan gaul dengan campuran kelapa hingga sebati.

3.Gunakan tangan untuk mengepal campuran ubi menjadi bulat sebesar bola ping-pong. Buat hingga habis. Ketepikan dulu atau simpan dalam peti ais.

Bahan tepung untuk menggoreng:

4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam

* bancuh tepung dengan air secukupnya. Adunan agak pekat sedikit daripada adunan ketayap. (K.An lupa nak sukat..maaf ye).

Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi ke dalam bancuhan tepung. Goreng seperti pisang goreng hingga keperangan.

* bebola ubi boleh tahan lama jika disimpan di tempat beku dan keluarkan bila hendak digoreng.


Image may contain: food


RESEPI KUIH KASTURI

- 200 g kacang hijau, direndam 6 jam
- air utk merebus
- 120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
- 30 g kelapa parut (putih)*
- 3 camb tepung gandum

Bahan Batter
- 90 g tepung gandum
- 1 camb tepung beras
- 1 camt serbuk penaik
- 110-120 ml air
- sedikit garam
- minyak utk menggoreng

Cara-cara :-

1. Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu.
2. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum.
3. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras).
4. Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter:
1. Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu.
2. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.



KREDIT ~  BERITA HANGAT

2 comments:

Sheila Adziz said...

thanks for sharing JM.. tgk time bulan poso ni semua nak makn... nk mbuat tu,,, huhu berkurun la saya ni... hehehe

I am LZ said...

Menarik semua resepi kuih kegemaran ada sini..
Thanks for sharing 👍

History