KISAH CIK PONTI ( KAK TON )

KISAH CIK PONTI ( KAK TON ) ~ sumber facebook : Ariff Budiman Zainal Abidin
Aku masih ingat pada tahun 1999 aku telah di arahkan bertugas di Juru. Tempat yang begitu asing bagiku. Ia berada di pendalaman kampung nelayan. Kuala Juru nama di beri. Bila lama bertugas di situ hati aku menjadi tenang. Suasananya yang begitu damai. Tak banyak kereta. Setiap pagi jam 4 pagi akan kedengaran suara burung helang. Banyak jasa arwah Siti Aishah di situ. Yang paling besar dan masih kekal hingga hari ini ialah langsir tingkap dan tirai surau.
" Bang....Siti tengok tempat abang tak ada langsir. Di surau pun tak ada tirai. Kalau wanita nak solat susah jugak nak salin pakaian ". Kata Siti Aishah dan aku bersyukur bila dia offer dirinya untuk jahit langsir dan akhirnya mendapat pujian dari bos KL bila datang ziarah ke tempat kami. pada tahun 2008 isteriku pergi buat selama2nya meningglkan segala memori indah hasil kerjanya di sini. Bila aku ke Juru dan melihat langsir tingkap aku terus terkenang arwah Siti Aishah. Moga Allah terima segala amal2nya. Pada tahun 2009 aku bertemu jodoh pula dengan isteriku sekarang Rosnah.
Di Juru juga aku kerap terserempak dengan Mak Limah spesis Ponti yang sering berdiri berdekatan tiang letrik. Nama Mak Limah tu aku sendiri yang beri untuk memudahkan penceritaan aku. Kali pertama bertembung memang aku terkejut tapi bila lama kelamaan ia menjadi biasa bagi aku sebab Mak Limah tidak pernah ganggu aku. Dia hanya berdiri dan siapa yang melintasinya dia hanya perhati saja. Bagi orang kampung Mak Limah telah mengganggu mereka dan ada asasnya juga.
Pada tahun 2014 aku mendapat berita, aku akan di naikkan pangkat dan di tukar ke Glugor. Satu berita yang gembira dan sedih. Gembira sebab aku tak perlu setiap hari melintasi jambatan Pulau Pinang untuk bertugas. Ini bermakna aku akan balik kampung. Isteriku yang paling gembira mendengar berita ini.
" Syukur abang dah dapat tukar ke Penang. Tak perlu risau lagi bila guna jambatan. Tiada gangguan lagi dari Juru ". Kata isteriku.
Aku di arahkan melapurkan diri pada shif petang. Bila aku melangkah masuk saja kedalam, aku dah terpandang sesuatu sedang berdiri di tingkap
" Ahhh...Sudah. Sini pun ada ka ". Bisik hati kecilku. Aku hanya diamkan diri dan duduk di pejabatku. Masuk rakanku seorang india.
" Pasal apa you tak ON lampu. Saya masuk nampak gelap saja ". Aku meminta maaf sebab buat pertama kali aku masuk, aku belum mahir lagi keadaan disini
" You tau ka apa pasal kita ON semua lampu bila shif petang " Kata rakan aku
" Tempat ini ada hantu. Kami pernah nampak ada sorang wanita berdiri di situ ". Aku hanya diam saja mendengar. Akhinya aku beri nama Kak ponti sebab antara dia dengan Mak Limah, dia nampak lebih muda. ( Tiba2 saja aku terkejut ketika menulis cerita ini. Sehelai rambut panjang tiba2 jatuh di atas laptopku. Aku stop dulu )...
Kerapnya tempat dia akan duduk ialah di ruang kami makan. Dia akan duduk atas kerusi. Kadang dia akan main rambutnya. Di lurut rambutnya hingga kebawah. Sesekali aku buatkan air mataku akan mengerling kearahnya. Dia begitu suka bermain rambut. Tak macam rambut Mak Limah yang terlalu kusut tapi rambut Kak Ton ikal mayang. Muka Mak Limah pula penuh dengan bedak sejuk yang menjadi keras sehingganampak macam nak tertanggal manakala Kak Ton mukanya putih dengan bedak biasa. Aromanya cukup wangi. Kita sendiri boleh tahu kalau dia ada. Pernah satu ketika aku melihat dia menangis. Suaranya begitu perlahan sekali. Antara dengar dan tidak. Entah kenapa dia bermuram. Pernah sesekali dia menyanyi dan nadanya tiada. Cuma kedengaran seperti Hmmmm.....suara orang gembira.
Pernah aku baca ayatul qursi tapi dia buat macam tak endah saja. Macam tak dengar aku membaca ayat qursi sambil membuat air. Kerapnya dia akan ada pada pukul 2 pagi dan time inilah tatkala aku sedang menaip kisahnya tiba2 saja rambut jatuh dari atas ke laptopku. Aku mengikut saja kemahuan rakan2 iaitu bila jam 7 petang kami akan membuka kesemua lampu agar terang benderang. Aku stop dulu. Nanti aku cerita lagi andai tidak di ganggu....
Siapa pandai lukis. Ni aku bagi gambaran Kak Ponti. Rambutnya panjang hingga ke pinggang. Bulu keningnya hampir bercantum. Matanya panjang dan kalau menjeling boleh buat jantung dup dap....Dia tak kurus dan tak gemuk
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
0 Comments

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers