Pages

Mei 30, 2017

JANJI - Altimet ft Takahara Suiko

JANJI - Altimet ft Takahara Suiko

Dengarkan cerita anak angkat raja Dilantik ketua siapa semua hamba 12 rumah yahud bangsa mereka Bawakan kami ke tanah merdeka Dengar cerita dia utusan Yang Esa Patutnya dibunuh tapi firaun leka Terlepas dibesarkan di dalam istana Penyelamat kita dari hidup merana Yang konon pembunuh aku sudah tiba Tak sangka dulu ku timangnya diatas riba Bagai ahli sihit dia penyilat mata Aku boleh matikan dia bila-bila masa Panggil menteri binakan menara setinggi mentari Aku mahu lihat tuhan si bodoh ini Tak nampak pun batang hidung tuhan yang lembik Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertepik Kanan kiri kanan kiri kejar dihamba kepunyaan tuhan kami Depan ada laut hey mana mahu lari Tuhan kami akan tewaskan si nabi Dihentak tongkatnya di atas tanah Laut terbelah kami redah Antara dua dinding air kami mencelah Kepada nabi dan tuhannya kami berserah Sampai ke seberang kami pandang belakang Firaun dan tentera mengejar menyerang Dinding air runtuh mereka kabur kelam Cuba berenang dipaksa menyelam Ni yang buat aku meradang Yang mulanya surut sekarang sudah pasang Dan tiada pilihan apa boleb buat Terpaksa aku akui tuhannya lagi hebat Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji Ikut anak angkat raja nabi kami Kitakan sampai satu hari nanti Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji Ikut anak angkat raja nabi kami Kitakan sampai suatu hari nanti Kita dijanjikan pembalasan 40 tahun dalam perjalanan Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa Mebelah lautan dengan tongkatnya Firaun yang tenggelam menghuni jahanam Yang karam bersama kesumat dan dendam Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kredit : MusixMatch

Kisah di sebalik lagu "JANJI - Altimet ft Takahara Suiko"


Sejarah Nabi Musa Dan Firaun Dalam Lagu Altimet

Sejarah Nabi Musa Dan Firaun Dalam Lagu Altimet / Secara peribadinya, tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam penghasilan lagu Janji nyanyian Altimet ft. Takahara Suiko. Sebuah lagu rentak moden tetapi diselitkan kisah para nabi dan elemen ketuhanan amatlah dihargai. Ianya perlu dipuji, diangkat serta dipopularkan agar lebih banyak lagu-lagu sebegini dihasilkan dan mendapat perhatian ramai. Lagu Janji yang dimaksudkan ini membawa pengisahan tentang perjuangan Nabi Musa membela Bani Israel dari cengkaman Firaun.

Lagu ini sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan menaikkan semangat Ibn Jawi dalam menyempurnakan karya terbaru al-Faqir. Karya tersebut adalah “Kitab Tamadun Yahudi” atau judul asalnya “Yaa Bani Israel” terbitan The Patriots sebagai salah sebuah buku daripada Siri Kitab Ketamadunan Dunia.
Berbalik kepada lagu ini, ianya digarap dengan begitu menarik dari segi rentak dan seni kata. Walaupun lirik lagu ini kelihatan straight forward menceritakan kisah Nabi Musa dan Firaun, namun ianya tetap menarik perhatian Ibn Jawi bagi mengulas sedikit makna lirik yang terkandung dalam gubahan lagu ini.
“Dengarkan cerita anak angkat Raja,

Dilantik ketua siapa semua hamba,
12 rumah Yahud bangsa mereka,
Bawakan kami ke tanah merdeka.”

(Nabi Musa sememangnya merupakan anak angkat Firaun dan ketua bagi Bani Israel yang dijadikan hamba di Mesir pada ketika itu. Baginda membawa suara kaumnya ke dalam struktur lapisan pemerintahan kerajaan. Bani Israel sememangnya memiliki 12 puak dan mereka bercita-cita untuk bebas merdeka ke Jerusalem. Walaubagaimanapun, kalimat ‘Yahud’ disini dianggap kurang tepat jika digunapakai untuk menggambarkan 12 puak Bani Israel. Ini kerana ‘rumah’ Yahud termasuk sebagai salah satu puak dari 12 puak Bani Israel, bukan sebaliknya. Namun, Ibn Jawi mentakwil penggunaan kalimat Yahud dalam lirik ini kepada suatu pengertian lain yang boleh diterima pakai secara tepat. Boleh rujuk dalam Kitab Tamadun Yahudi kelak bagaimana kalimat ini ditakwil oleh Ibn Jawi)
“Dengar cerita dia utusan yang Esa,

Patutnya dibunuh tapi Firaun leka,
Terlepas dibesarkan di dalam istana,
Penyelamat kita dari hidup merana.”

(Bani Israel mendapat tahu bahawa Musa merupakan utusan Allah melalui perkhabaran baginda. Sememangnya, Nabi Musa pada waktu kelahirannya dahulu berhadapan dengan titah peraturan pembunuhan kesemua bayi lelaki dalam kalangan Bani Israel. Namun, atas percaturan Allah, akhirnya Nabi Musa terlepas dari peraturan itu sebaliknya dibesarkan dalam Istana Firaun sendiri. Nabi Musa inilah yang bakal memerdekakan Bani Israel dari perhambaan di Mesir)
“Yang konon pembunuh aku sudah tiba,

Tak sangka dulu ku timangnya di atas riba,
Bagai ahli sihir dia penyilat mata,
Aku boleh matikan dia bila-bila masa.”

(Suatu ketika Firaun telah bermimpi bahawa dia akan dibunuh dan kerajaannya akan musnah melalui kedatangan seorang bayi dari Bani Israel. Dia tidak menyangka bahawa bayi dalam mimpinya itu ialah Nabi Musa yang pernah dia timang di atas ribanya ketika Siti Asiah menunjukkan bayi ini kepadanya.)
“Panggil menteri binakan menara setinggi mentari,

Aku mahu lihat Tuhan Si Bodoh ini,
Tak nampak pun batang hidung Tuhan yang lembik,
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertempik.”

(Bahagian ini merupakan yang paling unik. Ini kerana, tiada dalam inkripsi suci utama agama Judaism dan sejarah yang ditulis oleh bani Israel menceritakan entang babak ini. Babak menteri yang bernama Haman membina menara bangunan tinggi ini hanya dapat dibongkar melalui Kitab Suci Al-Quran. Firaun dan Menterinya Haman yang berakidah Tuhan-Tuhan hidup dilangit menyangka bahawa Allah yang Maha Suci ini juga hidup dilangit. Maka Firaun mengarahkan Haman membakar bata-bata dari tanah liat untuk membina menara bagi melihat batang hidung – zat jisim- Allah. Apabila dia tidak menemui Allah dilangit, maka dia menuduh nabi Musa sebagai Bodoh dan Tuhan sebagai lembik kerana tidak selari dengan akidah yang dia pegang selama ini. Maka Allah meruntuhkan bangunan itu sebagai hukuman lalu bertempiklah Haman kerana kesakitan menemui ajal. Manakala hamba Firaun iaitu Bani Israel memulakan perjalanan untuk melarikan diri. Sesungguhnya, Allah wujud tidak bertempat dan Allah tidak berjisim seperti makhluk.)
“Kanan Kiri Kanan Kiri, 

Ke tanah sendiri yang dijanji,
Ikut anak angkat Raja Nabi kami,
Dikejar tenteranya jadi kita lari.”

(Sememangnya ketika Bani Israel melarikan diri untuk menuju ke Tanah Yang Dijanjikan, mereka tiada arah tujuan dan dalam kebingungan. Mereka hanya ikut sahaja jejak langkah nabi Musa. Dan mereka dapati bahawa gerombolan tentera Firaun mengejar mereka.)
“Kanan Kiri Kanan Kiri, 

Kejar di hamba kepunyaan Tuhan kami,
Depan ada laut hey mana mahu lari,
Tuhan kami akan tewaskan Si Nabi.”

(Tentera Firaun juga terpaksa mengekori kemana sahaja arah bingung yang dituju oleh Bani Israel. Tentera Firaun menganggap Bani Israel adalah hamba kepada Tuhan mereka iaitu Firaun. Apabila mereka melihat bani Israel terperangkap dihadapan lautan, maka tentera ini mengejek dan mengancam bani Israel bahawa mereka akan ditangkap dan Tuhan mereka iaitu Firaun akan menewaskan Nabi Musa pemimpin Bani Israel.)
“Dihentak tongkatnya di atas tanah,

Laut terbelah kami redah,
Antara dua dinding air kami mencelah,
Kepada Nabi dan Tuhannya kami berserah.”

(Pada ketika ini, nabi Musa memukul tanah dengan tongkatnya lalu terbelahlah laut menjadi dua bahagian umpama dinding-dinding. Di antara air laut itulah bani Israel melintas. Pada saat melintas ini, Bani Israel benar-benar berserah kepada nabi Musa dan Allah agar menyelamatkan mereka dari Firaun walaupun pada mulanya mereka meragui kekuasaan Allah dan perintah nabi Musa.)
“Sampai ke seberang kami pandang belakang,

Firaun dan tentera mengejar menyerang,
Dinding air runtuh mereka kabur kelam,
Cuba berenang dipaksa menyelam.”

(Apabila Bani Israel telah Berjaya menyeberangi laut tersebut, mereka toleh ke belakang untuk melihat gerombolan tentera Firaun. Mereka dapati tentera Firaun begitu serius mengejar untuk menyerang mereka. Namun, Allah telah meruntuhkan dinding air laut itu lalu bercantumlah ia. Maka tentera-tentera ituhilang dari pandngan mata. Walaupun tentera-tentera Firaun cuba untuk berenang, namun seolah-olah ada yang menarik mereka untuk lemas tenggelam.)
“Ni yang buat aku meradang,

Yang mulanya surut sekarang sudah pasang,
Dah tiada pilihan apa boleh buat,
Terpaksa aku akui Tuhannya lagi hebat.”

(Maka pada ketika air laut ini tadi mula bercantum kembali, mengakulah Firaun dalam keadaan marah bahawa Tuhan Musa ini Maha Hebat. Dia bersyahadah ketika roh sudah dikerongkongnya secara taqiyyah kerana tiada jalan lain lagi untuk selamatkan diri dari mati lemas.)
“Nyawa mereka terbang, badan timbul tenggelam,

Tombak dan pedang, masih di dalam genggam,
Kami terus berjalan pagi petang siang malam,
Mencari halaman untuk bercucuk tanam.”

(Roh Firaun dan tenteranya melayang, manakala jasad mereka timbul tenggelam dihentak di laut. Menariknya disini, sepertimana dalam kitab-kitab Tafsir, sememangnya ketika kematian mereka, tentera-tentera Firaun masih memegang senjata yang hendak digunakan bagi membunuh bani Israel. Bani Israel terus bejalan di semenanjung Sinai siang malam pagi petang semata-mata untuk pulang ke Jerusalem iaitu tanah subur di Fertile Crescent bagi bercucuk tanam.)
“Kita dijanjikan pembalasan ar-Rahman,

40 tahun dalam perjalanan.”

(Bani Israel yang degil ini sering membantah arahan nabi Musa sehingga mereka dihukum sesat di semenanjung Sinai selama 40 tahun lamanya. Inilah balasan Allah kepada mereka yang enggan berperang dengan kaum penyembah berhala di situ. Namun, Allah yang bersifat Maha Penyayang ini tetap berjanji untuk membawa Bani Israel ke Jerusalem apabila tiba masanya kelak. Dalam Allah menghukum, Dia masih lagi mendidik umat-Nya dengan pelbagai kisah-kisah ajaib sepertimana yang disebut dalam al-Quran. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang)
“Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa,

Membelah lautan dengan tongkatnya.”

(Bani Israel sedang menuju kegemilangan setelah dibebaskan dari perhambaan Firaun di Mesir hasil bimbingan Nabi Musa yang membawa cahaya Tauhid. Baginda membelah lautan dengan tongkatnya)
“Firaun yang tenggelam menghuni Jahanam,

Yang karam bersama kesumat dan dendam.”

(Sepertimana yang termaktub dalam al-Quran, Firaun yang tenggelam itu pasti akan menghuni neraka. Dia karam dalam keadaan hatinya berlumuran dengan pebagai sifat kefasikan.)
“Raja yang bertakhta karam tanpa berita.”

(Sememangnya, ayat dalam lirik ini amat tepat sekali. Masih sehingga kini, para pengkaji sejarah Mesir purba, sejarah Bani Israel sama ada dari kalangan pendeta Judaism mahupun ulama Islam sendiri tidak sependapat dalam menentukan siapa Firaun yang dimaksudkan dalam kisah ini. ianya seolah-olah watak sebenar Firaun ini hilang begitu sahaja. Yang ada hanyalah teori-teori yang disertakan hujah berbentuk fakta konkrit bagi menyokong dakwaan masing-masing.)
The Patriots

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!