Perginya Mohamad Thaqif ~ #JMBELOG Perginya Mohamad Thaqif | #JMBELOG
Comments

Perginya Mohamad Thaqif

Posted by at April 30, 2017 Read our previous post
Perginya Mohamad Thaqif

Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia

Mohamad Thaqif didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih dalam pemantauan doktor. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi. (26 April 2017)

Perkara tersebut disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad kepada Astro AWANI.

Namun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Sehingga jam 3.45 petang, jasad Mohamad Thaqif masih berada di wad hospital untuk menjalani proses bedah siasat.
Difahamkan, pengebumian jenazah dijangka dilakukan selepas Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.

Kira-kira dua minggu lalu, Mohamad Thaqif mengadu pada keluarganya bahawa dia telah disebat pembantu warden, sekali gus membawa kepada masalah kesihatan kepadanya hingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong.

Kredit : AstroAwani

Cerita Sebenar Sebelum Arwah Thaqif Pergi...


EKSKLUSIF: Ramai Yang Tak Tahu Tapi Inilah Cerita Sebenar Sebelum Arwah Thaqif Pergi...

Berita kematian seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 26 April lalu ditangisi oleh setiap umat Islam. Kemuliaan  di dunia diperoleh pelajar tahfiz berusia 11 tahun ini bukan sedikit kerana semua pihak bercakap mengenainya termasuklah salam takziah dari istana, pemimpin negara, mufti dan banyak pihak yang bersimpati selepas kesnya menjadi tular bila mana kakinya bertukar kehitaman selepas dikatakan dirotan oleh pembantu warden madrasah tempatnya menuntut ilmu.
Menurut bapa arwah, Mohd Gadaffi, 43 tahun, mereka sekeluarga masih merasai kesedihan namun masa yang sama redha dengan ketentuan Allah. “Allah sebaik-baik perancang. Sebagai orang Islam kami semua redha dengan pemergiannya. Alhamdulillah, segalanya baik,” katanya yang dihubungi tiga hari selepas pemergian anak ketiganya itu.
Dia berkongsi kisah yang mungkin ramai tidak mengetahuinya lagi dan berkali-kali menegaskan tiada sebarang tindakan akan diambil kepada pihak madrasah tersebut namun dia menyerahkan perbicaraan kes kepada pihak berkuasa.
“Yang salah tetap salah dan biarlah undang-undang menentukannya,” katanya berulang kali.

CERITA SEBELUM KEMATIAN

Di sebalik kejadian yang berlaku, Mohd Gadaffi berkongsi satu kisah yang mungkin ramai  tidak tahu, malam sebelum arwah Thaqif atau mesra disapa Akim, bapa mentuanya, Ahmad Motai, 60-an ada bermimpi mengenai anak ketiganya itu.
“Malam sehari sebelum Akim dijadualkan memotong sebelah tangannya, mentua saya bermimpi Akim datang dan memberitahu dia tidak mahu tangannya itu dipotong. Biarlah seperti keadaan asal kelahirannya. Bahkan kata Akim, dia tidak mahu lagi menyusahkan ibu bapanya dengan keadaan dialami itu.
“Jam 8 pagi, 26 hb April itu, sepatutnya Akim dijadualkan dipotong sebelah tangannya yang telah dijangkiti kuman. Doktor pakar ada menemui keluarga kami tetapi beliau memaklumkan kondisi Akim tidak berapa stabil ketika itu. Pagi itu, saya dan adik ada membaca Yasin di sebelahnya. Tapi nampaknya Akim memang menunggu datuknya kerana selepas Zuhur datuknya tiba. Separuh bacaan Yasin, datuknya meraup ke arah muka Akim dan kala itulah Akim menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.05 petang,” katanya memaklumkan anaknya itu selamat dikebumkan  di Tanah Perkuburan  Islam Felda Bukit Aping, Kota Tinggi.
Jelas Mohd Gadaffi lagi, hubungan arwah Akim dan bapa mentuanya agak rapat malah semasa mengikut emaknya balik berpantang anak kelima di kampung, Akim sempat membacakan surah Mulk di hadapan datuknya. Kata Akim, dia ingin menjadi huffaz satu hari nanti,” katanya yang masih sebak.

Terima kasih Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah atas keprihatinan dan kebersamaan ini.
 

Kali Terakhir Bawa Akim Naik Motor

Sudah menjadi niat di hati mereka sekeluarga, setiap anak lelaki akan dijadikan hafiz, kata Mohd Gadaffi, anaknya itu secara sukarela meminta untuk bersekolah di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ketika usianya 11 tahun.
“Sejak kecil, saya sudah menyekolahkan Akim di sekolah agama. Bila dia besar sedikit, Akim minta masuk ke madrasah tahfiz. Mengikut peraturan yang dinyatakan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) setiap pelajar tidak boleh berhubung dengan ahli keluarga selama 40 hari berturut-turut.
“Akim baru dua bulan bersekolah di sini. Alhamdulillah dia memang ada kemahuan untuk bergelar huffaz. Saya sangat berbangga kerana arwah sudah mampu menghafal surah al-Mulk dan Surah Yasin. Bukan mudah pada usianya untuk menghafal dalam jarak masa yang agak pendek tetapi Akim berjaya melakukannya. Saya sangat bersyukur kerana kecerdasan akalnya di mana dia begitu bersungguh-sungguh untuk berjaya,” katanya yang mempunyai lima orang anak, dua perempuan dan tiga lelaki. Anak sulungnya belajar di Universiti Tun Hussein Onn, kedua tingkatan empat diikuti arwah Thaqif, adiknya, 6 tahun dan baby berusia 3 bulan.
Dalam pada itu, kala bercerita kali terakhir dia bertemu anaknya itu, kata Mohd Gadaffi, dia sempat menghantar anaknya itu kembali ke madrasah tahfiznya pada hari Jumaat dalam perjalanan dia mahu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Akim ada balik seketika. Dia sempat bacakan surah al Mulk di hadapan kami. Disebabkan dia suka menaiki motor besar milik saya, saya sempat menghantarnya balik ke madrasah. Itulah kali terakhir saya bertemunya sebelum dia berhenti dua minggu sebelum kematiannya.
“Akim nampak seronok menaiki motor besar itu. Mungkin sudah lama tidak menaikinya sejak masuk ke madrasah. Satu lagi dia memang suka pomen-pomenkan basikal miliknya. Ada saja yang ingin dibaikinya. Dia juga bukanlah seorang anak lelaki yang agresif, agak lembik sebenarnya. Kalau orang buat-buat kecoh di sekelilingnya, dia akan menjauhkan diri. Bukan itu saja, kalau sebut tentang bola, Akim memang menyukainya. Satu lagi Akim seorang anak yang happy  dan sentiasa gembira dengan apa dilakukannya,” katanya yang tidak mahu tragedi menimpa anaknya itu melemahkan daya pemikiran umat Islam kerana ada pelbagai versi ditularkan dengan pelbagai komen negatif dan positif.

Akim Sudah Dibawa Lebih Awal

Pada hari kematiannya, 26 hb April itu, ternyata ia menyamai tanda-tanda 100 hari kematian setiap yang bernyawa.
“Perancangan Allah jauh lebih baik untuk saya dan semua ahli keluarga. Pada hari kami membawanya daftar di madrasah itu, perancangan Allah itu adalah benar. Allah membawanya ‘pergi awal’ dari pandangan kami. Menghantarnya ke sekolah, memberinya peluang menghafal kalam Allah. Sehinggalah kami memberhentikannya beberapa minggu sebelum kematiannya terjadi.
Mungkin kalau Akim sentiasa ada di depan mata saya dan isteri, kami mungkin sukar menerima berita kematian ini kerana kejadian berlaku sekelip mata. Allah mendidik hati kami untuk redha dengan sebuah kehilangan,” katanya dalam keadaan tenang.
Masa yang sama, Mohd Gadaffi berkata, dia meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan segala keputusan di tangan pihak yang berkuasa.
Kata bapa yang juga bekas pemain bola sepak suatu ketika dahulu, dia begitu bersyukur kerana kematian anaknya begitu dimuliakan oleh seluruh dunia.
“Memang ramai yang melahirkan rasa terkejut. Semua pihak mendoakan anak syurga saya ini. Masa yang sama, saya meminta agar tidak ada pihak memberikan komen-komen  negatif dan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal ini.
“Saya tidak mahu umat Islam dipandang rendah. Kita semua adalah hamba Allah. Saya menghantar anak saya ke madrasah tahfiz kerana menurut permintaannya. Ada yang memberi pandangan kenapa kecil-kecil menghantar anak ke sini sedangkan mereka masih kecil. Logik ke saya sebagai ibu bapa seperti menghantar sebuah kematian kepada orang lain?
Sebagai orang beriman, kita kena percaya qada dan qadarnya. Jangan ditambah atau dimarakkan dengan sebuah pandangan kosong. Kami mungkin sudah bertenang tetapi komen-komen di facebook dan sebagainya mungkin boleh membuat hati kami kembali bersedih.
“Tidak ada salahnya dengan pengajian di sekolah tahfiz. Tak ada juga salahnya pada ustaz dan ustazah yang mengajar anak-anak kita. Kejadian ini mungkin satu kejadian yang membuka mata banyak pihak supaya adanya pengemaskinian peraturan-peraturan di sekolah-sekolah tahfiz sedia ada. Sebab itulah saya katakan, kami tidak pernah bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap madrasah tahfiz tempat anak saya belajar.
“Seperti kes Akim dirotan di tapak kakinya. Saya bukan tahu sehinggalah doktor bertanyakan soalan kepada dirinya bagaimana peristiwa ini berlaku. Kata Akim, dia dirotan di tapak kaki oleh pembantu warden. Termasuk juga rakan-rakannya yang lain. Namun hati saya cukup sebak membaca catatan ditulisnya. Meminta dia dibawa keluar kerana masalah berlaku.
Perancangan Allah itu adalah sebaiknya. Allah yang mengatur setiap perincian kehidupannya. Kita pun dipinjamkan sementara dan perpisahan pasti berlaku jua. Saya redha dengan segala yang terjadi. Insya-Allah kejadian ini juga menguatkan ukhuwah kita sebagai umat Islam untuk bersatu dalam apa juga ujian dan dugaan yang berlaku,” katanya mengakhiri perbualan.

Kredit : Mingguan Wanita

GOOGLE search : kematian thaqif (klik)

#dtrai ~ Perginya Thaqif meninggalkan... - DAily TRaffic REport ...

https://www.facebook.com/.../photos/a.../1290994304283116/?...3

Translate this page
#dtrai ~ Perginya Thaqif meninggalkan dunia. Kini dia sedang tersenyum berlari-lari di syurga. Jangan bersedih duhai hati, kerana tempatnya sangat istimewa ...

Perginya Mohamad Thaqif Perginya Mohamad Thaqif Mohamad ...

https://plus.google.com/.../posts/NciSvbveED9

Translate this page
43 secs ago - Perginya Mohamad Thaqif Mohamad Thaqif didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih ...

Perginya Thaqif meninggalkan dunia. Kini... - Woman Inspiration N ...

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid...id...

Translate this page
Perginya Thaqif meninggalkan dunia. Kini dia sedang tersenyum berlari-lari di syurga. Jangan bersedih duhai hati, kerana tempatnya sangat istimewa di...

Perginya Mohamad Thaqif ~ #JMBELOG

https://belogsjm.blogspot.com/.../pelajar-tahfiz-mohamad-thaqif-m...

Translate this page
4 days ago - Berita kematian seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 26 April lalu ditangisi oleh setiap umat Islam. Kemuliaan di dunia ...

Jangan biarkan Thaqif mati sia-sia - Pendapat - Sinar Harian

www.sinarharian.com.my/.../jangan-biarkan-thaqif-mati-sia-sia-1.6...

Translate this page
2 days ago - Semoga perginya adik Thaqif akan menjadi titik pemula mengubah nasib sistem pendidikan agama swasta di negara ini. Agar matinya tidak ...

Images for perginya thaqif

Lelaki Itu Dia: - Google Books Result

https://books.google.com/books?isbn=9678605309 - Translate this page
ALEYA ANEESA - 2015 - ‎Malay fiction
... kau hak untuk ceritakan apa yang kakak aku dah buat pada Thaqif dan keluarga ... menghancurkan hidup Shana demi menuntut bela atas perginya Adriah.

Perginya srikandi negara - Nasional - Utusan Online

www.utusan.com.my/berita/.../perginya-srikandi-negara-1.461517

Translate this page
Mar 25, 2017 - Perginya srikandi negara. Syukri Shaari. Syukri Shaari. 25 Mac .... [VIDEO] Berakhirnya derita Mohamad Thaqif Amin. KOTA TINGGI 27 April ...

Tragedi Arwah Thaqif,Apakah Yang Kita Boleh Pelajari? – THE KHK

thekhk.com › KECOH

Translate this page
2 days ago - Sebelum perginya anak kecil berusia 11 tahun ini,dia hanyalah seorang ... Ditakdirkan Tuhan lebih menyayangi Arwah,adik Thaqif meninggal ...

Hero sebenar – Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi – basri.my

basri.my/hero-sebenar-mohamad-thaqif-amin-mohd-gaddafi.html

Translate this page
3 days ago - Perginya pelajar sekolah tahfiz persendirian, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi kembali ke rahmatullah membuka mata banyak pihak ...

Keluarga Thaqif akan bertindak jika kematian akibat dipukul | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../keluarga-thaqif-akan-bertindak-jik...
Translate this page
4 days ago - JOHOR BAHRU: Keluarga pelajar sekolah tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ...

Unicef hiba kematian Thaqif, gesa hukuman dera diharamkan | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../unicef-hiba-kematian-thaqif-gesa-h...
Translate this page
3 days ago - KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkongsi kehibaan terhadap kematian Mohamad ...

Polis klasifikasi semula kes Thaqif bawah seksyen bunuh | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../polis-klasifikasi-semula-kes-thaqif-...
Translate this page
4 days ago - PETALING JAYA: Tidak lama selepas perdana menteri mahu siasatan ke atas kematianMohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipercepatkan, ...

Images for kematian thaqif

LAPORAN KEMATIAN THAQIF DUA MINGGU - watan-online.com

watan-online.com/laporan-kematian-thaqif-dua-minggu/
Translate this page
3 days ago - Laporan bedah siasat kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi mungkin akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi ...

Kematian Thaqif diklasifikasi sebagai kes bunuh - Smasanews.com

smasanews.com/.../7160-kematian-thaqif-diklasifikasi-sebagai-kes-...
Translate this page
3 days ago - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 ...

Al-Fatihah - Kronologi kes kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif ...

www.ekeleh.com/al-fatihah-kronologi-kes-kematian-pelajar-tahfiz-...
Translate this page
3 days ago - Kes yang berlaku kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun di sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor ...

Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia | Astro Awani

www.astroawani.com/.../pelajar-tahfiz-mohamad-thaqif-meninggal-...
Translate this page
4 days ago - Namun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, meninggal dunia sebelum sempat ...
You've visited this page 2 times. Last visit: 4/29/17

Kematian Thaqif; Orang Ramai Diminta Tidak Buat Spekulasi - YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=zFKH6YP5H3Y
3 days ago - Uploaded by 1News
KEMATIAN MOHAMAD THAQIF - ORANG RAMAI DIMINTA TIDAK BUAT SPEKULASI [27 APR 2017 ...

Adik Thaqif Pelajar Tahfiz Yang Disebat Warden Meninggal Dunia ...

www.ohmedia.my › ohtidak › trending
Translate this page
4 days ago - Berita yang amat menyayat hati dengan nasib adik Thaqif yang ... Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, ...

1 comment:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

© #JMBELOG is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template