Kenapa najis berwarna hijau pula ? ~ #JMBELOG Kenapa najis berwarna hijau pula ? - #JMBELOG

Reading List

Kenapa najis berwarna hijau pula ?

Kenapa najis berwarna hijau pula ?

Maafkan JM cerita tentang najis pula. Entahlah kenapa najis JM berwarna begini. Biasanya bayi saja begini. JM mencari jawapan dari beberapa sumber.

Artikel dari Dr Zubaidi Hj Ahmad (Facebook)



Jenis-Jenis Najis!

Rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, tahi anda jenis apa?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau bahasa melayu“Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
.................
Terdapat juga kondisi dimana terjadinya sembelit seperti najis jenis 1 dan 2,apabila tahi ditahan, ia akan kembali ke usus yang mana tahi tersebut boleh diserap kembali airnya menjadikan tahi sangat padat. kemudian jika pembuangan tahi tidak dilakukan dalam tempoh masa yang lama maka, ia akan semakin mengeras dan waktu inilah sembelit terjadi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kondisi seperti saya iaitu cirit-birit.Apabila ada infeksi bakteria di usus maka secara refleks usus akan mempercepat perjalanan tahi sehingga penyerapan air sedikit oleh usus besar atau kerana masukan air yang berlebihan, makanan tercampur dengan sejumlah besar air. Oleh kerana itu makanan yang dicerna terdiri dari cairan sebelum mencapai usus besar.Usus besar menyerap air, meninggalkan material yang lain sebagai kotoran yang setengah padat. Apabila usus besar rosak atau terkena radang,penyerapan tidak terjadi dan hasilnya adalah kotoran yang berair. Akibatnya, tahi menjadi lebih cair sehingga perut terasa memulas berterusan.

Pemantauan tahi adalah penting. Orang kata kita sihat apabila tahi kita sihat.Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali,pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna Najis kita pula;
Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda tahi kawan-kawan sihat.
Jika tahi kawan-kawan bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahi kawan-kawan tidak sihat.
Jika tahi kawan-kawan berwarna kelabu, mungkin kawan-kawan ada masalah organ dalaman.
Kalau warna tahi hijau atau warna hitam kemerah merahan, mungkin usus kawan-kawan ada barah atau pendarahan.
 
Tanda lain tahi yang sihat adalah, tahi kawan-kawan tenggelam macam keropok lekor rebus yang belum masak. Tapi jika tahi kawan-kawan timbul dalam air macam keropok lekor nipis yang digoreng dalam kuali besar yang banyak minyak, itu tandanya tahi kawan-kawan ada masalah 'celiac disease',mungkinlah. Cuba kawan-kawan  kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera.
 
Tapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan doktor yang mengatakan, Tahi tenggelam itu tidak bagus kerana ada banyak toksik dan tahi yang terapung pula yang bagus hurmmnn...mungkin doktor betul tak?
tapi ada kesimpulan yang diberi, jika tahi timbul tiada bau, itu bagus dan jika tahi timbul tapi busuk dari biasa macam tahi, itu tidak bagus.


Fakta tentang najis

1. Benda ni dibuat dari apa?

Taik a.k.a nama bai dia, najis terdiri dari air.. nih boleh dibuktikan apabila kita sakit perut, yang smpai tercirit-cirit tu, kebanyakannya dari air.. dan dicampur dengan bhan seperti bakteria mati, makanan yang tidak dihadamgaramlemak dan mukus dari usus besar.. 

2. Knapa najis berbau mcm... taik??

Bila kita berak a.k.a buang air besar, bakteria yg menyebabkan bau busuk nih.. bakteria nih menghasilkan organik sulfur yg berbau.. kadang-kadang, benda-benda nih lah yg menyebabkan jugak kentut kite berbau. apa pun, sebusuk mana sesuatu najis itu bergantung pada jenis pemakanan seseorang itu..hehhe

3. Knapa najis warna coklat?

Nihlah warna yg standard eh.. warna coklat ni terjadi sebab Bilirubin yang berwarna kuning ke -orenan.. Bilirubin nih dtg dari pecahan sel darah merah dari hati dan tulang sumsum.. benda nih dikesan di dalam usus dan bila bercampur zat besi, dia jadi warna kuning-keorenan..

4. Najis warna kuning?

Betul ke? yes ~ najis yg warna kuning disebabkan oleh Sindrom Gilbert yang dihadapi oleh sesetengah orang, lelaki terutamanya di dalam waktu remaja.. orang yg menghidapi sindrom nih disebabkan oleh sel darah merah x diproses seperti orang biasa.. hahaa.. jangan terkejut kalau tiba-tiba ternampak taik mcam warna pisang.. Sindrom Gilbert tidak membahayakan orang yg menghidapinya :)

5. Najis warna hijau?

Pun ada juga~ selalunya baby yang ada taik warna camnih.. nih disebabkan zat besi dlm baby tak diserap dgn betul atau dtg nya dari cecair garam yang dtg dari hati.. orang yg sihat jugak boleh kena mcam ini sebab dorg mkn makanan yang kaya dgn sayur-sayuran.. pendek kate vegetarian .. ada juga orang terkena sebab makan makanan yang tinggi dengan pewarna seperti aiskrim..

6. Kenapa boleh cirit-birit?

Haa~ ada bnyak sebab orang boleh kena cirit-birit ni.. ni terjadi sbb airtidak sempat diserap dalam usus dan terus ke usus besar... antara sebabnyer adalah, dijangkiti bakteria or virus, irritasi yang berlaku sbb makan yg tidak biasa dimakan, dan produk susu.. cirit-birit bahaya sebab seseorang boleh  kekurangan air dalam badan..

7. Panjang ke taik nih?

Hahaha.. yes, taik kita selalunya panjang or linked antara satu sama lain.. kalau kita pernah tengok iklan mainan Play-Dough tuh.. haa, ianya panjang  tak ubah macam taik kita juga, kecuali kita 'potong' dia hehe.. same macam sistem bdan kita kalau kita mcam teran kuat2 selalunya taik tuh akan terptus2.. klu kita flow mcam biasa.. tgk lah camane panjang dia.. hahaha..

8. Taik kita slalu terapung dalam air?

Taik yg terapung dalam air ni disebabkan tingginya gas dalam taik tuh.. so tahap keapungannya lagi ringan dari air sebab tuh ianya terapung.. orang ckp, bila sesuatu taik itu terapung, meaning, orang tu lagi sihat dari orang yg taiknya tenggelam..  hahaha

9. Kenapa time buang air besar rasa panas-panas?

Haaa~ ada juga kes mcm ni, dimana, slalunya disebabkan orang tuh mkn mkanan yg pedas-pedas or yg berasaskan pepper... pendek kata yg terlampau pedas 

10. Makan daging effek taik?

Yes~ makan banyak sangat daging akan buatkan taik kita lebih berbau sebab daging nih bila diproses sebenarnya adalah protein yg kaya dengan sulfur.. sbb tuh, taik mcm kucing, anjing or haiwan yg makan daging, taik 'mereka'  lagi busuk berbanding dengan haiwan yg makan tumbuhan seperti lembu, kambing..

Selamat membaca ...


No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog