Pages

Mei 22, 2018

FIDYAH, SIAPAKAH YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH ?


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.


Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Amanah Baitulmal sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.



Hukum Fidyah



Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.



Prosedur Membayar Fidyah di MAIK



Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Alor Setar atau kepada wakil MAIK di setiap pejabat agama daerah.



Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.



Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

  1. Uzur menunaikan puasa wajib

    Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

  2. Perempuan hamil

    Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

  3. Ibu yang menyusukan Anak

    Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

  4. Orang yang telah meninggal dunia

    Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 Pada 30 Mei 2017 yang telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaan fidyah dan kaffarah di Bahagian baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):
  1. Kadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00
    Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
  1. Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
    Apabila seseorang yang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
TAKSIRAN FIDYAH
Cara 1Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
Cara 2Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.
Contoh :Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa. 
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH ?
  1. Uzur menunaikan puasa wajib
    Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
Contoh:Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM4.00 = RM120.00
  1. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
    Tidak berpuasa kerana bimbang  akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh:Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar : 
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM4.00 = RM28.00
Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.
Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira : 
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan [sekiranya mampu]) X Kadar fidyah(cupak)
7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM4.00 = RM84.00 (FIDYAH)
***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.
  1. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan [sekiranya mampu]) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM4.00 = RM80.00 (FIDYAH)
  1. Ibu yang menyusukan Anak
    Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah  kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan [sekiranya mampu]) X Kadar fidyah(cupak)
15 hari X (2 Tahun – 1 Tahun) X RM4.00 = RM60.00 (FIDYAH)
  1. Orang yang telah meninggal dunia
    Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)
  1. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
    Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh:En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan [sekiranya mampu]) X Kadar fidyah(cupak)3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM4.00 = RM108 (FIDYAH)

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!